Seliuh kaki atau "ankle sprain" berlaku apabila sendi buku lali melebihi julat gerakan normal, menyebabkan kerosakan pada ligamen. Walaupun nampak remeh, kecederaan ini boleh menyebabkan ketidakselesaan yang berpanjangan jika tidak dirawat dengan betul.
Faktor penyebab termasuk:
Bagaimana mengenal pasti kecederaan ini? Berikut adalah simptom utama seliuh kaki:
Merawat seliuh kaki dengan segera dapat mempercepatkan pemulihan. Kaedah yang sering disyorkan adalah teknik P.R.I.C.E, iaitu:
Lindungi kawasan cedera dengan mengurangkan pergerakan berat. Jika anda seorang atlet, rehat seketika adalah langkah terbaik untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih serius.
Kurangkan tekanan pada kaki yang cedera. Jangan cuba berjalan jauh atau menanggung beban berat kerana ini boleh memperlahankan proses pemulihan.
Gunakan pek ais pada kawasan yang bengkak selama 15–20 minit setiap sesi. Pastikan ais tidak bersentuhan terus dengan kulit untuk mengelakkan kecederaan tambahan seperti "ice burn."
Balut buku lali menggunakan pembalut elastik untuk mengurangkan bengkak dan memberi sokongan pada sendi.
Letakkan kaki yang cedera pada kedudukan lebih tinggi daripada paras jantung. Ini membantu mengurangkan aliran darah ke kawasan cedera dan mempercepatkan penyembuhan.
Mencegah seliuh kaki tidaklah rumit. Berikut adalah beberapa tip untuk memastikan buku lali anda kekal sihat:
Di Benphysio, kami percaya bahawa setiap pesakit berbeza. Pakar fisioterapi kami akan melakukan penilaian mendalam terhadap tahap sakit anda sebelum menyediakan pelan rawatan yang disesuaikan dengan keperluan anda. Matlamat kami adalah untuk memastikan anda menerima rawatan yang terbaik, cepat, dan efektif.
Benphysio bukan sahaja pakar dalam rawatan strok, tetapi juga menawarkan pelbagai rawatan fisioterapi untuk menangani masalah berikut:
Benphysio dengan bangga menjadi panel kesihatan untuk organisasi seperti PMCARE, Micare, Compumed, Healthconnect, HealthMetrics, Mednefits dan MHC. Kami komited untuk memberikan perkhidmatan bertaraf profesional kepada semua pelanggan kami.
Jika anda mencari rawatan fisioterapi yang dipercayai di Oval Damansara, Bangsar, Puchong, Kuala Lumpur, Cheras Dan Kota Damansara, Benphysio adalah pilihan terbaik anda. Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, lawati laman web kami dengan menekan button Temujanji atau:
Layari https://www.sweetpew.com/en/my/search?s=benphysio untuk menyelesaikan masalah anda.