Fahami Punca Sakit Lutut dalam Kalangan Wanita – Jangan Diabaikan!
Sakit lutut adalah masalah yang sering kali kita dengar dalam kalangan masyarakat kita tidak kira tua atau muda terutamanya wanita. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan wanita seringkali menjadi mangsa sakit lutut berbanding lelaki
Jom fahami punca sakit lutut supaya dapat di elakkan !
2. Tanda-tanda:
1) Struktur Tulang Peha
Bentuk badan wanita memberi faktor kepada potensi untuk dapat sakit lutut. Secara semula jadi wanita mempunyai bentuk pinggul yang lebih lebar menyebabkan tulang peha condong ke dalam semasa dalam posisi berdiri and berjalan (Q-angle). Angle yang besar ini menyebabkan hentakan kepada kepala lutut sekaligus menjadi faktor sakit lutut.
Perbezaan Q-angle
2) Period/Haid
Wanita mempunyai hormone yang dikeluarkan semasa proses period setiap bulan yang dipanggil sebagai progesterone dan estrogen. Hormone ini yang menyebabkan sakit dan lenguh-lenguh badan disebabkan oleh paras hormon yang sentiasa berubah setiap kali kita datang bulan.
Apabila paras hormone progesterone rendah dalam badan, kekuatan ligament dalam badan berkurang (laxity), menyebabkan risiko kecederaan yang tinggi dalam kalangan wanita. Hal ini juga menyebabkan otot-otot di sendi terasa sakit kerana mereka perlu bekerja lebih keras untuk menyokong struktur badan semasa haid termasuk bahagian lutut dan pinggang.
3) Menopause
Setiap wanita akan mencapai tahap menopause dimana hormone estrogen dan progesterone berkurang dalam badan. Kekurangan hormone ini menyebabkan otot semakan kecil dan tulang semakin rapuh apabila usia meningkat. Hal ini menyebabkan kurangnya sokongan pada lutut dan sendi badan yang menyebabkan sakit lutut semakin parah.
Hormone semasa menopause
3. Cara merawat:
A. Senaman pinggul
Struktur tulang pinggul yang lebar dalam kalangan wanita merupakan salah satu punca sakit lutut. Pinggul yang besar dan lebar merupakan tanda tanda otot yang lemah. Untuk mengatasinya, para wanita mestilah mempunyai kekuatan otot pinggul yang ideal untuk mengurangkan beban ke lutut.
Antara senaman yang boleh dilakukan seperti mengangkat pinggul ke atas (bridging), squatting atau backward kick membantu untuk menguatkan otot pingul dengan berkesan.
Bridging
Squatting
Donkey-kick
B. Senaman semasa haid
Semasa kitaran haid bermula, para wanita diminta untuk mengelakkan aktiviti lasak yang boleh meningkat kecederaan kepada sendi yang lemah. Pada masa ini, wanita boleh cuba buat senaman regangan di peha atau pinggang seperti child pose untuk mengurangkan rasa sakit di belakang semasa kitaran haid.
Child pose
C. Senaman kekuatan & berjalan
Semakin meningkat usia, wanita tidak boleh lari dari menopause yang menyebabkan otot-otot menjadi lemah disebabkan kurangnya hormone yang dipanggil ‘atrophy’. Hal ini boleh dikurangkan dengan membuat senaman kekuatan di bahagian badan tertentu untuk mengekalkan kekuatan otot supaya dapat menjalani kehidupan normal semasa meningkat usia.
Senaman ‘full body workout’ atau senaman cardio sangat penting untuk memastikan sendi dan otot sentiasa berfungsi dengan kuat. Aktiviti seperti berjalan di sekeliling tasik, Tai Chi, atau senaman intensity rendah sangat bagus untuk mengekalkan kekuatan otot dan mengurangkan risiko sakit lutut.
Berjalan brisk walk
Akhir kata penting untuk kita tahu sebab kepada kesakitan yang kita alami. Dapatkan nasihat ahli fisioterapi yang berdaftar untuk bantu merawat sakit lutut puan-puan sekarang !
References
Park, S. K., Stefanyshyn, D. J., Loitz-Ramage, B., Hart, D. A., & Ronsky, J. L. (2009). Changing hormone levels during the menstrual cycle affect knee laxity and stiffness in healthy female subjects. The American journal of sports medicine, 37(3), 588–598. https://doi.org/10.1177/0363546508326713
Wright, V. J., Schwartzman, J. D., Itinoche, R., & Wittstein, J. (2024). The musculoskeletal syndrome of menopause. Climacteric, 27(5), 466–472. https://doi.org/10.1080/13697137.2024.2380363
Contact Benphysio Today!
If you are looking for trusted physiotherapy treatment in Oval Damansara, Bangsar, Puchong, Kuala Lumpur, Cheras, and Kota Damansara, Benphysio is your best choice.
For more information or any inquiries, visit our website by clicking the Appointment button or:
๐ Visit: https://www.sweetpew.com/en/my/search?s=benphysio
# knee injury # women
# sport massage ่้
ธๅๆต ่็
่
น่ ่ๆฐ ่้ฃ็ฎกๅๆต็
GERD # Slip disc L4L5 # ่ๆฝ็ญ # ่็็ # sakit tulang belakang # petua hilangkan sesak nafas # cara menghilangkan urat tegang di leher # tulang pelvis # senaman sakit pinggang # tanda tanda sebelum serangan strok # fisioterapi # angin ahmar # sakit belakang badan # tangan kebas # punca sakit lutut di usia muda # tulang belakang bengkok # sakit leher belakang # tanda tanda slip disc # slipped disc # pmcare # physiotherapy near me # physio near me # back pain # physiotherapy #ain # headache # migraine # ringing ear # jaw pain # sciatica # ACL # operation # doctor # stroke # neck stiffness # oval damansara # puchong # kota damansara # bangsar # kl ampang # ampang # kl # best physio # affordable physio # top physio # cheras # johor # ็ฉ็ๆฒป็ # neck pain # back pain # knee pain # knee arthritis # osteoarthritis # sunway hospital # kpj hospital # your physio # apple physio # bains physio # physiogo # finger numbness # ๆ้บป็น # ่้บป็น # ๅ้ชจ็ฅ็ป # jaw pain # migraine # ๅๅคด็ # mednefits # carpal tunnel # hand numb # foot pain # bone spur # heel spur # nerve pain # ่่ต # ้่ฟ # ๅฅๆ็ฝๆฒ็ฝ # ่ฒ็ง # puncak alam # damansara # PJ # ss2 # fisio # compumed # pmcare # chiropractor near me # ๅ้ๅก็ฉ็ๆฒป็ # effective physio # ringing ears # ่ณ้ธฃ # tennis elbow ้ฉผ่ ็ซๆญฃ ่ๆฑไพงๅผฏ ่ๆค็็ชๅบ ๅคๅฅ ็ซๅงฟ ๅๅงฟ ๆๅญ่
ฐ็ผ ๆๅญๆฝ็ญ ๅ้ชจ็ฅ็ป ๅ้ชจ็ฅ็ป็ ่่ธ ๆญไผค ่ฟๅจๅไผค ่ฟๅจๆไผค ่ฉ้ข้
ธ็ ่ฉ้ข็ # ่็็ผ # ่็่ๅ # ไบๅ่ฉ # kiropraktik near me # urutan sport