ANGIN AHMAR VS MINOR STROKE:
KETAHUI PERBEZAAN DAN TANDA-TANDANYA
Angin ahmar dan minor stroke adalah dua perkara yang tidak jauh beza dari segi tanda gejala dan simtom. Hal ini kerana, kedua-dua minor stroke atau juga dikenali sebagai Transcient Ischemic Attack (TIA) dan angin ahmar melibatkan sekatan pengaliran darah yang terjadi di kawasan otak manusia. Walaubagaimanapun, adalah penting bagi kita untuk memahami perbezaan dan kaitan diantara kedua-dua gejala tersebut.
Transcient ischemic attack (TIA) juga dikenali sebagai minor stroke kerana simtom yang menyerupai angin ahmar dan melibatkan sekatan pengaliran darah ke otak tetapi hanya berpanjangan selama beberapa minit hingga jam. Serangan minor stroke seringkali reda tidak lebih dari 24jam dan tidak memberi kesan kekal pada otak. Akan tetapi, adalah penting untuk mangsa serangan TIA atau minor stroke untuk merujuk pakar kesihatan atau doktor untuk mengenalpasti tahap kemudaran serangan dan minor stroke juga merupakan tanda terdekat serangan angin ahmar. Berikut adalah tanda atau simtom serangan minor stroke:
Angin ahmar atau stroke adalah gangguan atau sekatan yang berlaku di kawasan otak yang berlanjutan menjadi pendarahan dan merosakkan tisu otak. Kerosakan ini akan menyebabkan cacat kekal fizikal dan kognitif kepada mangsa. Simtom angin ahmar atau stroke menyerupai minor stroke seperti yang dinyatakan diatas akan tetapi simtom-simtom ini sering melarat lebih teruk. Sekiranya seseorang individu menghadapi serangan angin ahmar, langkah terbaik adalah untuk segera mendapatkan bantuan pakar. Langkah yang segera dapat memberi impak yang jelas kepada mangsa. Akronim FAST sering digunakan untuk memahami dan mengesan serangan angin ahmar dengan mudah:
Catanese, L., Tarsia, J., & Fisher, M. (2017). Acute ischemic stroke therapy overview. Circulation research, 120(3), 541-558.
Mendelson, S. J., & Prabhakaran, S. (2021). Diagnosis and management of transient ischemic attack and acute ischemic stroke: a review. Jama, 325(11), 1088-1098.
Walter, K. (2022). What is acute ischemic stroke?. Jama, 327(9), 885-885.
Yakhkind, A., McTaggart, R. A., Jayaraman, M. V., Siket, M. S., Silver, B., & Yaghi, S. (2016). Minor stroke and transient ischemic attack: research and practice. Frontiers in Neurology, 7, 86.
Contact Benphysio Today!
If you are looking for trusted physiotherapy treatment in Oval Damansara, Bangsar, Puchong, Kuala Lumpur, Cheras, and Kota Damansara, Benphysio is your best choice.
For more information or any inquiries, visit our website by clicking the Appointment button or:
๐ Visit: https://www.sweetpew.com/en/my/search?s=benphysio