Siri Baru Pam Inovasi Pintar SCALA1 direka khas untuk kegunaan ALL-IN-ONE dengan Sambungan Bluetooth yang memudahkan penggunaan dan pemasangan.
Sebagai pam self-priming, SCALA1 mampu mengepam air dari aras yang lebih rendah daripada pam itu sendiri. Pam SCALA1 boleh mengangkat air dari kedalaman 8 meter dalam masa kurang daripada 5 minit. Pam kecil dengan reka bentuk kompak membolehkan pemasangan dan pengaktifan yang mudah. Ia menyediakan bekalan air yang stabil dan boleh dipercayai ke setiap paip di rumah anda serta pada masa yang sama memberikan perlindungan dari risiko kehabisan air (dry running) dan kebocoran pada hos sedutan atau paip.
Sambungan Bluetooth terbina dalam pada pam SCALA1 membolehkan kawalan dengan mudah melalui aplikasi Grundfos GO, yang membolehkan pemantauan dan pemerhatian pam secara terperinci serta menyediakan pilihan penyesuaian yang tinggi, menjadikan pam ini sesuai untuk setiap aplikasi.
MANFAAT:
Kawalan pam yang pintar (Mesra pengguna)
Jenis self-priming untuk sedutan negatif
Perlindungan dry running terbina dalam (secara automatik menghentikan pam sekiranya kekurangan air)
Perlindungan kitaran (mencegah pam daripada dimulakan semula dengan kerap sekiranya terdapat kebocoran kecil pada paip atau pemasangan)
Reka bentuk kalis cuaca – Untuk pemasangan dalam dan luar bangunan
Tahap bunyi rendah dengan reka bentuk motor magnet kekal yang disejukkan dengan air
Penyesuaian set point yang mudah, plug and play
Pemasangan, penyetelan dan operasi yang mudah
Pam tahan lama dan berkualiti tinggi
Jaminan kualiti
Reka bentuk kompak dan jimat ruang
Sesuai untuk 1 hingga 3 bilik mandi